KASiH SE0RANG iBU YG X TERNiLAi.. =)





Ibu...
Saat kau tahu bahawa kau mengandungkan aku,
Kau amat gembira dan bahagia sekali,
Wajahmu sentiasa ceria,
Bagai hendak kau hebohkan pada dunia bahawa kau akan menjadi ibu kepada aku,
Syukur yang teramat pada Ilahi atas nikmat padamu itu.
Ibu...
Sepanjang mengandungkan aku,
Kau sabar menanggung sakit yang tidak tergambar pedihnya,
Kau tabah,
Kau tersenyum juga walau hakikatnya kau derita,
Kadang-kadang kau titiskan jua air mata kesakitan yang kau rasai,
Namun cepat-cepat kau kesat mutiara yang menitis itu,
Kerana kau tidak mahu aku rasa bersalah padamu.
Ibu...
Tiba saat yang amat kau tungu-tunggu,
Saat melahirkan insan teristimewa dalam hidupmu,
Aku lihat kau hampir meragut nyawamu sendiri,
Demi melahirkan seorang bayi yang kau kandungkan.
Namun,
Kau ukirkan senyuman penuh kesyukuran apabila aku lahir dengan selamat ke dunia ini,
Terus hilang sakitmu sebentar tadi,
Terus kau lupakan segala penderitaan yang kau rasai selama aku di dalam kandunganmu,
Lantas kau menciumku hingga menitis lagi air matamu,
Aku amat mengerti makna air mata itu,
Air mata kesyukuran,
Syukur tidak terhingga.

Ibu...
Saat aku masih kanak-kanak,
Kau amat gembira melihatku,
Semakin hari semakin membesar dengan sihat,
Kau tidak pernah mengasari aku,
Kau tidak pernah menunjukkan keletihan di wajahmu,
Walau setelah kau penat seharian bekerja,
Kau lakukannya demi untuk menyaraku,
Malah, kau sempat lagi bermain bersamaku,
Kau hiburkan aku,
Aku tahu saat itu kau benar-benar keletihan.
Ibu...
Bila aku mula meningkat remaja,
Kau mula bimbang akan aku,
Kerana aku semakin mengasarimu,
Aku selalu memperlekehkan setiap apa yang kau cadangkan,
Terutama dalam memilih sesuatu pilihan,
Aku katakan padamu bahawa aku sudah matang,
Aku cukup matang untuk memilih jalan hidupku,
Aku juga tidak mahu dikongkong oleh dirimu lagi,
Biarlah hidup ini aku jalani sendiri,
Usahlah ibu fikirkan apa yang terbaik untuk anakmu ini,
Aku sudah dewasa untuk menentukan hala tuju hidupku sendiri,
Tanpa perlu bantuan kau di sisiku lagi.
Ibu...
Saat itu aku kerap melihat kau menangis,
Namun,
Aku hanya mampu melihatnya,
Aku tidak kuat untuk memujukmu,
Aku biarkan saja kau dengan tangismu,
Walauku tahu tangismu itu kerana sikapku,
Sikapku yang lupa diri serta egois.
Ibu...
Kini aku sedar akan segalanya,
Aku insaf atas segala dosa yang aku lakukan padamu,
Berapa kali hatimu aku calari dengan kata-kata kesatku?
Berapa kali air matamu mengalir kerana berkecil hati dengan kekasaranku padamu?
Namun,
Tidak pernah sekalipun aku meminta ampun padamu ibu,
Mengapa aku begitu ego padamu?
Sedangkan kaulah insan yang amat bermakna dalam hidupku.
Ibu...
Maafkan anakmu yang derhaka ini,
Maafkan seiklas hatimu ibu,
Agar aku dapat hidup dalam redha Ilahi,
Agar aku juga mendapat keampunan-Nya.
Ibu...
Halalkanlah makan minumku,
Walau setitis air susu pun moga kau halalkan,
Dan walau setitis keringat yang mengalir deras sepanjang mendidikku,
Kerana aku tidak mampu membayarnya walau dengan selautan kekayaan.
Ibu...
Ampunkan aku,
Moga kau mendapat keredaan-Nya di sana nanti,
Ku doakan moga kau mendapat nikmat syurga-Nya,
Bersama orang-orang yang beriman...



Novel Bersiri.. MAK !! ADiK PERGi DULU.. *adik tgu mak d syurga ya*..



              Selamat pagi adik, kata mak kepada arif yang lebih manja dipanggil adik. Sambil mencium pipinya yang lembut itu maknya pun berkata, pagi ini mak nak hantar adik arif si aiman tu masuk prasekolah. Mesti lama nanti mak dekat sana sebab ada mesyuarat sekali. Abang ikut mak sekali nanti, adik tak mahu ikut? Arif yang merasakan dirinya keseorangan dirumah pun berkata kepada maknya ” adik ikut mak lah, sebab nanti adik keseorangan dekat rumah pula “. Sebuk je nak ikut, si abang menyampuk. Hehe. Tengok abang ni mak, sengaja nak cari gaduh…
Ok, siap cepat nanti kalau lambat mak tinggalkan sahaja kamu berdua ni. Kalau lambat daftar nanti lagi lama lah mak dekat sana. Sambil menunggu si abang dan adiknya bersiap-siap, mak arif pun mengambil sedikit masa untuk mengemas dapur. 10 minit sudah berlalu, maknya pun bersuara ” lambat lagi ke anak-anak mak ni nak siap”, lalu si abang menyampuk ” ok, abang dengan adik dah siap dah”. Jom kita pergi.
Perjalanan ke sekolah yang mengambil masa selama 5 minit itu tidaklah begitu lama kerana sekolah yang ingin ditujui tidak lah jauh dari kediaman mereka. Sampai pun di Sekolah aiman ni, kata mak kepada arif. Masa sudah lambat ni, mak hendak ke dewan untuk dengar ceramah. Abang tolong jaga adik dekat luar ye, mak dengan aiman nak masuk dewan ni. Baik mak, balas si abang yang sebenarnya sangat lapar kerana belum bersarapan pagi..Selepas 5 minit berlegar-legar diluar dewan, si adik pun bertanya kepada abangnya ” Abang, tandas dekat mana ye, adik dah tak tahan nak buang air ni “. Adik terus lepastu belok kanan, dekat situ tandasnya. Hati-hati, jangan main yang bukan-bukan, sergah si abang !. Hampir 10 minit juga arif memasuki tandas tetapi masih lagi belum keluar. Si abang yang tidak senang hati pun pergi ke tandas tersebut dan memanggil adiknya, ” Adik……..adik……. berapa lama dekat dalam tandas tu. “. Lalu si adik pun menjawab, ” sekejap lah bang, adik sakit perut ni “. Ok, jangan lama sangat ye, nanti kejap lagi mak dah nak habis ceramah dah, kata si abang yang sungguh risau dengan adiknya.
Tidak lama kemudian, adiknya yang berada lama di dalam tandas itu pun keluar dan berjalan menuju ke abangnya. Dah habis ke buang air tu, kata si abang kepada adik sambil mereka berdua berjalan menuju ke dewan. Ketika dalam perjalanan menuju ke dewan, si adik mengejutkan abangnya dengan berkata. ” Abang, siapa orang tua tu, adik macam pernah nampak lah “. Si abang yang sungguh hairan kerana tiada sesiapa pun yang berada di hadapannya ketika itu. Dengan suara yang tegas si abang pun berkata………………


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Fenomena gerhana bulan penuh akan terjadi pada 10 Disember pada hari ini. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat