Pantun Semasa utk kita semua ~


Biarlah hidup merempat, 
yang penting jangan lupa solat, 
biarlah orang nak mengumpat, 
yang penting kita tak salah niat.

Bila manusia baik, kita ketawa bersama. 
Bila manusia terlaku khilaf, terus kita menghina. 
Adakah diri tak pernah buat silap?

Otak kosong pandai bicara, 
gaya orang semua tak kena cara, 
pandai mengkritik pandai mengata, 
sedarlah awak pon biasa-biasa.

Dua tiga kucing berlari, 
mana nak sama dengan lori, 
muka nak cantik persis bidadari, 
tapi hati busuk kalah pencuri.

Badan rata macam papan, 
rambut pendek ala2 jantan, 
kalau couple nak dengan perempuan,
 jantina sama bukan berlainan.

Muka manis cantik rupawan, 
senyum sikit buat orang tak keruan, 
tapi sayang mata duitan, 
lelaki kaya semua kau nak buat kawan.

Cakap ibu taknak dengar, 
konon2 semua dia langgar, 
tak sedar siapa tanggung sampai dia besar, 
bila jatuh baru nak sedar.

kerana pulut santan binasa, 
kerana mulut banyak dosa, 
kerana pulut jadilah kuih seri muka, 
kerana mulut kita ke neraka.

Kulit putih dapat pujian, 
kulit hitam diberi cacian, 
bukan kulit sebagai ukuran, 
hitam putih belum tentu ke syurga tuhan.

Badan bulat ada hati nak pakai ketat, 
orang tengok pon naik meluat, 
apa salahnya pakai baju tutup aurat, 
sedap dipandang pahala pon dapat.

Kebaya ketat, kain terbelah Ikat tudung macam tak sudah. 
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah. 
Tapi Islam sebenarnya indah.

Kalau couple nak yg kacak, 
tak sedar awak pon kurang segak, 
kalau bercinta nak yg baik2, 
tak sedar diri sendiri perangai lebih kurang taik.

Buah cempedak di luar pagar, 
ambil galah tolong jolokkan, 
pakai baju biarlah longgar, 
tak perlu ketat sampai nampak bentuk badan.

Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju, 
kalau bertudung tapi pakai yg 'gitu-gitu', 
kita pun susah kenal, manusia ke hantu.

dan End...

Ni pantun ke apa ? hahahaha ~
Pantun ntah apa2 tp bermakna !
Pantun ini saye copypaste dr twitter je ~
xde niat pon nak sindir korang ! buruk baiknya datang dari kita sendiri ~~


Hahahaha.. bila baca pantun diatas ni, rasa ada juga betulnya.. Sesuai dibaca utk golongan remaja masa kini.. 
Biar kita terasa agar kita boleh perbetulkan diri kita kan kan kan kan ? Kita pon bukan baik sangat pon ! selalu buat silap ! Ambil yg baik, buang yg buruk dan berBau ! hehehehe.. jangan marah ok !


Sekian saja dari saya Adarmz Yen..

Renung - renungkanlah dan selamat berAmal.. 

Peace all .. ^_^ ..